Alhamdulillah hari ini genap 2 minggu sudah anak-anak selesai berkhatan. Kesan "terpotong" masih belum kering sepenuhnya tapi sudah ada keberanian untuk pakai seluar dalam biasa, itu sudah cukup baik kerana tak perlu pakai seluar dalam khatan lagi.

Pagi Ahad iaitu semalam sebaik sahaja bangun pagi tengok Haq kena beguk pula di pipi kiri, pagi tadi sudah bawa ke Klinik Kesihatan dan doktor bagi ubat Paracetamol untuk merawatnya. Jika masih tiada perubahan dalam beberapa hari lagi ini akan ke Klinik Kesihatan semula untuk buat ujian darah pula. 

Semoga Haq cepat sihat dan beguk itu tidak berjangkit kepada adik-adiknya yang lain pula. 

Post a Comment

Previous Post Next Post