Sebelum cuti sekolah bermula lagi anak-anak dah minta nak tengok wayang Ejen Ali The Movie tapi disebabkan dah tempah giliran untuk berkhatan awal cuti sekolah maka janji itu tertangguh. Syukurlah cepat juga sihatnya anak-anak dari sakit berkhatan, sekarang dalam proses biarkan kawasan bekas potong dan rasa nilu hilang berperingkat.


Kami tengok wayang bertiga sahaja, Mamanya dan adik Iffat tak nak turut serta sebab mereka ada agenda tersendiri, shopping agaknya. 

Serius cakap kalau siapa belum tengok Ejen Ali The Movie segeralah pergi tonton di wayang sebab jalan ceritanya menarik tidak sangka begitu begini jadinya. Di hujung kredit ada diselitkan petanda bahawa akan ada sambungan filem kedua dengan kisah lain pula. 

Semoga pihak Wau segeralah hasilkan filem kedua Ejen Ali dan jangan simpan lama-lama, tak sabar pula kami nak tengok. Oh ya rasanya peminat Ejen Ali ini ramai yang dewasa berbanding kanak-kanak kan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post