Sudah lama ada akaun di blogspot tapi tidak aktif menggunakannya untuk tujuan "blog" malah sebelum ini hanya menggunakan medium Wordpress di hosting berbayar sahaja hinggalah aku nekad memadamkan blog lama tanpa renew akaun hosting gara-gara putus harapan.

Sejak beberapa bulan di penghujung 2019 aku teringin untuk menulis blog semula tapi tidak mahu menggunakan WP hosting berbayar kerana ingin berjimat. Akhirnya nekad setting domain dotmy ini ke blogspot beserta mendapatkan tema premium dari blogger senior yang merupakan sifu blogspot iaitu HasrulHassan

InsyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin untuk aktif menulis semula dan menjadikan sifu HH sebagai rujukan kerana aku baru berjinak-jinak dengan blogspot dan perlukan bimbingan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post